Samsung Food
Log in
Use App
Log in
Diyana Othman
By Diyana Othman

Ikan Bakar Dan Air Asam

18 steps
Prep:45minCook:45min
Kali ni Che Nom nak share resepi Ikan bakar air asam yang sedap sangat dan mudah untuk disediakan. Che Nom akan tunjuk cara sediakan pes sambal berempah untuk ikan bakar, dan kemudian resepiair asam yang pedas, pekat, masam yang kena sangat lah kalau kita makan dengan ikan bakar tu. Dalam video ni, Che Nom tunjuk cara masak ikan bakar guna kuali atau grill pan, sebab lebih mudah dan cepat nak sediakan , rasa pun tak kurang sedapnya. Pes sambal berempah pulak boleh disediakan awal-awal, disimpan dalam peti sejuk ataupun freezer. Bila nak makan..keluarkan dan masak saja dengan ikan pilihan anda. Untuk sesiapa yang sibuk, boleh sediakan pes awal-awal lagi dan simpan.
Updated at: Thu, 17 Aug 2023 09:49:47 GMT

Nutrition balance score

Uh-oh! We're unable to calculate nutrition for this recipe because some ingredients aren't recognized.

Ingredients

8 servings

4ekor ikan
Jumlah, Hidangan
4 ekorikan mabong
saiz besar, atau apa jenis ikan pilihan anda
daun pisang
minyak
sedikit, untuk grill
3 bijibawang merah
2bawang putih
ulas
1 ketulkunyit hidup
0.5 incihalia
1 batangserai
0.5 incilengkuas
2 suducili kisar
besar
0.5 sudu besarserbuk kari ikan
2 sudu besarair asam jawa
0.5 sudu kecilgaram
air
sedikit
1senduk minyak
masak
0.5 sudugula
Bahan-bahan untuk air asam
1 mangkukair asam jawa
10biji cili padi
1cili merah
biji
1 inci belacan
1 incibelacan
0.5biji bawang besar
1-2 biji tomato
1tomato
biji
gula
secukup rasa
garam
perahan jus limau nipis
sedikit
bawang besar
kecil
Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
tomato
Tips Untuk Menyediakan Sambal Tumis Yang Sedap
Sambal Tumis
Tips Untuk Menyediakan, Yang Sedap

Instructions

Step 1
Cara-cara untuk pes ikan bakar:
Step 2
Kisar halus bawang merah, bawang putih, kunyit hidup, halia, lengkuas, dan batang serai sekaligus serta cili kisar, sudu besar kari ikan dan sedikit air asam jawa. Tambah sedikit garam dan air.
Step 3
Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus dalam masa anggaran 15 minit sehingga bahan masak dan pecah minyak
Step 4
Tambahkan gula dan sedikit air jika bahan terlalu pekat.
Step 5
Sambung masak dalam anggaran 5 minit.
Step 6
Cara-cara untuk ikan bakar:
Step 7
Salut dan lumur ikan yang telah dikelar dengan pes ikan bakar berempah bagi kedua-dua bahagian ikan serta didalam ikan.
Step 8
Balut setiap ekor ikan dengan daun pisang atau daun kunyit.
Step 9
Panaskan sedikt minyak dan panggang ikan dengan api yang sederhana.
Step 10
Panggang ikan sehingga ia masak.
Step 11
Cara-cara untuk air asam jawa:
Step 12
Masukkan tepung beras ke dalam mangkuk. Gaul Bersama majerin. Majerin tu tak perlu dipanaskan. Gaul sehingga adunan melekat menjadi satu bebola doh.
Step 13
Potong kecil bawang besar.
Step 14
Hiris kasar cili padi, cili merah (pilihan) dan tomato.
Step 15
Kisar halus air asam jawa, belacan yang dibakar, cili padi, gula dan garam secukup rasa.
Step 16
Selepas dikisar, masukkan bahan kedalam mangkuk bersama bahan potong dan hiris kasar lalu gaulkan kesemuanya sehingga sebati.
Step 17
Perah limau nipis kedalam air asam jawa dan tambah gula mahupun garam untuk dapatkan rasa yang lebih sedap.
Step 18
Kemudian, air asam jawa siap untuk dihidang bersama ikan bakar.
View on resepichenom.com
Support creators by visiting their site 😊

Notes

0 liked
0 disliked
There are no notes yet. Be the first to share your experience!